Pengunjung yang tiba di Taman Negara Niah kini akan disajikan persembahan tarian dan permainan tradisional etnik Penan daripada Kampung Tanjung Belipat.<br /><br />Ramai yang tidak tahu, amalan tradisi tersebut sebenarnya baru sahaja dikembalikan selepas usaha mengiktiraf Taman Negara Niah sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO dilaksanakan kerajaan negeri.
